Skip Ribbon Commands
Skip to main content

KERTAS PUTIH ICT KEBANGSAAN DAN PELAN INDUK TENAGA KERJA ICT DILANCARKAN

landingpage-banner-1
 
Skip Navigation LinksHome > News > Latest News > KERTAS PUTIH ICT KEBANGSAAN DAN PELAN INDUK TENAGA KERJA ICT DILANCARKAN
KERTAS PUTIH ICT KEBANGSAAN DAN PELAN INDUK TENAGA KERJA ICT DILANCARKAN
04/02/2016

​​Industri ICT di Negara Brunei Darussalam hari ini mencatat sejarah penting dengan pelancaran Kertas Putih ICT Kebangsaan dan Pelan Induk Tenaga Kerja ICT. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, Menteri Perhubungan. Majlis diadakan di Dewan Amar Pahlawan, bangunan Kementerian Perhubungan.


Ketibaan Yang Berhormat Menteri Perhubungan pada majlis berkenaan dialu-alukan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Yang Mulia Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dari kementerian-kementerian lain, Ketua2 Jabatan dan Pegawai-Pegawai Kanan serta perwakilan dari syarikat-syarikat ICT tempatan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Hj Ali Yusof bin Hj Arsad.

Kertas Putih ICT Kebangsaan bagi Negara Brunei Darussalam diwujudkan untuk merangka pelan strategi dan program bagi perlaksanaan ICT di peringkat kebangsaan untuk mendokong hasrat negara di dalam mencapai matlamat Wawasan 2035. Penyediaan Kertas Putih ini memfokuskan kepada usaha pembaikan melalui inisiatif yang boleh diaplikasikan secara menyeluruh ke atas enam sektor utama yang merangkumi E-Kerajaan, Tenaga, Kesihatan,Pengangkutan, Pendidikan dan Perkhidmatan.

Sementara itu, Pelan Induk Tenaga Kerja ICT dibangunkan sebagai pelengkap Kertas Putih ICT Kebangsaan di dalam menangani permintaan tenaga kerja ICT dan jurang kemahiran. Pelan Induk ini mengenalpasti keperluan masa depan industri ICT di Negara ini dengan mengatur strategi dan program bagi memastikan tenaga kerja ICT yang berkemahiran dapat memenuhi keperluankeperluan tersebut. Pelan induk ini diungkayahkan sebagai satu cara untuk mengatasi cabaran tenaga kerja ICT dan bagi membolehkan ICT sebagai tunggak utama untuk pertumbuhan ekonomi.

Sejurus selepas majlis pelancaran, Yang Berhormat Menteri Perhubungan dijemput untuk menyaksikan pameran produk dan aplikasi ICT buatan tempatan yang disertai oleh enam belas (16) syarikat ICT tempatan.​