Skip to content

Press Release

MMN Visit to AITI

Wednesday, November 15, 2023

Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) seramai 16 orang, yang diketuai oleh Yang Berhormat Dayang Chong Chin Yee, telah mengadakan lawatan ke Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) bertempat di pejabat AITI, Kampong Anggerek Desa pada pagi tadi.

Tujuan lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN adalah untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai peranan utama AITI dan pendekatan ke atas isu-isu yang melibatkan pengawalseliaan sektor telekomunikasi dan postal, pengurusan spektrum frekuensi radio kebangsaan dan perkembangan industri teknologi info-komunikasi (ICT) di negara ini.

Program lawatan Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN dimulakan dengan taklimat pengenalan AITI yang disampaikan oleh Yang Mulia Ir. Haji Jailani bin Haji Buntar, Ketua Eksekutif AITI. Antara lain, perkara yang dikongsikan adalah mengenai kedudukan dan landskap sektor ICT, serta hala tuju dan cabaran dalam mengawalselia dan mengembangkan sektor info-komunikasi. Rombongan Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN seterusnya berpeluang untuk menyaksikan pameran dan meninjau dengan lebih dekat lagi inisiatif-inisiatif AITI yang sedang dilaksanakan seperti program-program pembangunan kapasiti digital, pengawalseliaan kandungan dan program kesedaran kecurian kabel. Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN juga telah dibawa melihat peralatan-peralatan sistem pemantauan perkhidmatan telekomunikasi.

Lawatan tersebut merupakan perjumpaan pertama kali Yang Berhormat Ahli-Ahli MMN bersama warga AITI dan ianya merupakan satu platform untuk berkongsi maklumat mengenai pencapaian AITI serta meningkatkan kesedaran tentang peranan AITI dalam mencapai matlamat untuk mentransformasikan Negara Brunei Darussalam menjadi Negara Pintar.

We use cookies

This website or its third-party tools process personal data (e.g. browsing data or IP addresses) and use cookies or other identifiers, which are necessary for its functioning and required to achieve the purposes outlined in the privacy policy and terms of use.

You accept the use of cookies or other identifiers by closing or dismissing this notice, by clicking a link or button or by continuing to browse otherwise.