Press Release
Local Content Recognised at the Brunei Content Festival 2024 Award Night
Anugerah Brunei Content Festival (BCF) 2024 kali ketiga, acara anjuran Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), telah diadakan di Tarindak D’ Seni, Bandar Seri Begawan pada malam ini. Hadir selaku tetamu kehormat di Malam Anugerah tersebut ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Pengerusi AITI.
Anugerah BCF merupakan satu platform pertandingan untuk mengiktiraf kandungan-kandungan tempatan sebagai usaha untuk merangsang inovasi dan kreativiti dalam pembuatan kandungan. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan pembuatan kandungan yang berkualiti tinggi serta berpotensi komersil yang boleh diedarkan dan disiarkan di platform televisyen atau perkhidmatan Over-the-Top (OTT).
Turut hadir ke Malam Anugerah BCF ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap; Ahli-Ahli Pihak Berkuasa AITI; pegawai-pegawai kanan; wakil-wakil dari industri penyiaran tempatan dan institut pengajian tinggi.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Haji Jailani bin Haji Buntar, Ketua Eksekutif, AITI dan seterusnya diikuti dengan laporan penghakiman yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Sheikh Idham Bin Sheikh Abas selaku Ketua Juri.
Pertandingan BCF 2024 telah dibukakan kepada orang ramai yang berminat termasuk syarikat pengeluaran berdaftar dan pencipta kandungan tempatan dari 1 April 2024 sehingga 14 Mei 2024 dan sejumlah 104 penyertaan telah diterima, di mana hanya sebanyak 71 penyertaan yang memenuhi kelayakan dan kriteria pertandingan telah terpilih.
Kategori-kategori yang dipertandingkan pada tahun ini adalah sebanyak sepuluh (10) kategori utama, iaitu:-
- Drama Terbaik
- Komedi Terbaik
- Seram Terbaik
- Iklan Terbaik
- Dokumentari Terbaik
- Public Service Announcement Terbaik
- Muzik Video Terbaik
- Filem Terbaik
- Filem Pendek Terbaik
- Filem Pendek Terbaik di bawah Institut Pengajian Tinggi dengan sub-kategori:
- Fiksyen Terbaik
- Animasi Terbaik
Di samping itu, peserta-peserta jua berpeluang untuk memenangi tiga (3) Anugerah Juri seperti berikut:
- Lelaki Terbaik
- Persembahan Wanita Terbaik
- Sinematografi Terbaik
Kesemua penyertaan yang dipertandingkan telah dihakimi oleh panel juri yang terdiri daripada pakar-pakar industri tempatan dan luar negara, tenaga pengajar institut pendidikan tinggi dan wakil daripada agensi Kerajaan. Penyertaan dinilai menurut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, termasuklah dari segi teknikal, kreativiti dan inovasi.
Pemenang-pemenang bagi kategori utama telah menerima sebuah trofi, sijil penghargaan dan wang tunai dua ribu ringgit (B$2,000.00), manakala pemenang-pemenang Anugerah Juri pula telah menerima sebuah trofi, sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak lima ratus ringgit (B$500.00).
Lebih dari enam puluh (60) kandungan penyertaan dari peserta Anugerah BCF juga telah ditayangkan di acara BCF Screening and Exhibition yang diadakan di The Mall Atrium, Gadong dari 2 hingga 4 Ogos 2024 yang lalu.
Pihak AITI berharap melalui platform Brunei Content Festival ini, industri konten akan terus maju dan berkembang dengan penggunaan teknologi terkini, idea-idea baharu yang memberi impak positif, dan dapat berkerjasama dengan pelbagai pihak-pihak yang berkepentingan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan yang mampu memenuhi piawaian tertinggi antarabangsa serta menepati cita rasa pengguna di peringkat serantau dan global.
The Brunei Content Festival (BCF) 2024, organised by AITI, was held for the third time at Tarindak D’ Seni, Bandar Seri Begawan on Tuesday, 6 August 2024.
Attending as the guest of honor was Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Minister of Transport and Infocommunications and the Chairman of AITI.
The BCF Awards serve as a platform for recognising local content, aiming to stimulate innovation and creativity in content creation. It also seeks to encourage the development and production of high-quality and commercially viable content that can be distributed and broadcast on television platforms or Over-the-Top (OTT) services.
Also in attendance were Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Permanent Secretary of the Ministry of Transport and Infocommunications; Deputy Permanent Secretaries; AITI's Members of Authority, senior officials, representatives from the local broadcasting industry, and higher education institutions.
The event began with a welcoming speech by Haji Jailani bin Haji Buntar, Chief Executive of AITI, followed by the judging report delivered by the Chief Judge, Sheikh Idham bin Sheikh Abas.
The BCF 2024 competition was open to interested members of the public, including registered production companies and local content creators, from 1 April 2024 to 14 May 2024. A total of 104 entries were received, with 71 meeting the competition's qualifications and criteria.
This year, there were ten main categories:
- Best Drama
- Best Comedy
- Best Horror
- Best Advertisement
- Best Documentary
- Best Public Service Announcement
- Best Music Video
- Best Film
- Best Short Film
- Best Short Film from Higher Education Institutes with sub-categories: a. Best Fiction b. Best Animation
In addition, participants had the chance to win three Jury Awards:
- Best Male Performer
- Best Female Performer
- Best Cinematography
All entries were judged by a panel of local and international industry experts, educators from higher education institutions, and representatives from government agencies. Entries were evaluated based on set criteria, including technical aspects, creativity, and innovation.
Winners of the main categories received a trophy, a certificate of appreciation, and up to B$2,000.00 in cash, while winners of the Jury Awards received a trophy, a certificate of appreciation, and B$500.00 in cash.
Over sixty content entries from the BCF Awards participants were also showcased at the BCF Screening and Exhibition held at The Mall Atrium, Gadong, from 2 to 4 August 2024.
AITI hopes that through the Brunei Content Festival platform, the content industry will continue to advance and grow with the use of the latest technology, new impactful ideas, and collaboration with various stakeholders to produce more local content that meets the highest international standards and satisfies regional and global audiences.