Press Release
Re-registration of Mobile Prepaid SIM Cards to Strengthen Security Measures Against Unlawful Activities and Scams Commencing 2 January 2025
Amongst the effort to enhance cybersecurity measures, and to mitigate the increasing incidents of unlawful activities and scams conducted through calls and SMS in Brunei Darussalam, the Authority for Info-communications Technology Industry of Brunei Darussalam (AITI) will be reinforcing its regulatory measures with regards to mobile prepaid SIM card registration.
Accurate and updated subscriber records are vital in the ongoing efforts by law enforcement agencies to prevent fraudulent registration of SIM cards that could be used for unlawful activities, scams and online dissemination of fake news.
To attain these objectives, AITI in collaboration with Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd (Progresif) and Imagine Sdn Bhd (Imagine), will be implementing the re-registration programme of mobile prepaid SIM cards in Brunei Darussalam commencing from 2 January 2025 until 31 December 2025. Subscribers of mobile prepaid SIM cards are required to re-register with their respective service providers within this period.
The re-registration of mobile prepaid SIM cards will be carried out in phases according to batches assigned by the service providers. The service providers will inform its subscribers of their re-registration timeframe via SMS notifications. Subscribers are therefore advised to complete their re-registration process within the designated timeframe according to the assigned batches to ensure uninterrupted service and avoid any potential inconvenience.
Subscribers have the option to conduct the re-registration process physically at the service providers’ branches or at publicly accessible venues specified by service providers, or via online or electronic platforms.
DST mobile prepaid SIM card subscribers who registered before 1 November 2024 are required to undergo the re-registration process, which can be fully conducted through DST’s online platform.
Progresif and Imagine subscribers who registered before 2 January 2025 are required to undergo re-registration process which can be initiated through the service provider’s online or electronic platform and must be completed with physical verification at any of the respective service providers’ branches.
Detailed information on the re-registration is available on AITI and respective mobile service providers’ websites. In addition, the public may also contact their service provider’s hotline for more information:
Telecommunications Service Provider |
Customer Hotline |
Datastream Digital Sdn Bhd (DST) |
151 |
Imagine Sdn Bhd (Imagine) |
111 |
Progresif Sdn Bhd (Progresif) |
177 |
AITI would like to remind the public to be responsible for the use of their registered mobile SIM cards. Furthermore, members of the public are advised not to pass on, rent, lease, or sell their mobile SIM cards to another user in order to prevent any fraudulent use of the SIM cards. For any change of ownership, the public is advised to undergo re-registration process with their respective service providers.
Antara usaha untuk mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan, dan untuk menentang peningkatan aktiviti menyalahi undang-undang dan penipuan yang dijalankan melalui panggilan dan sistem pesanan ringkas (SMS) di Negara Brunei Darussalam, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) akan mengukuhkan lagi pelaksanaan langkah-langkah kawal selia berkaitan pendaftaran kad SIM prabayar telefon bimbit.
Rekod pengguna yang tepat dan terkini adalah amat penting dalam usaha berterusan pihak-pihak penguatkuasa undang-undang bagi mencegah penyalahgunaan pendaftaran kad SIM yang boleh digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang, penipuan dan penyebaran maklumat palsu.
Bagi mencapai objektif ini, AITI dengan kerjasama dan sokongan Unified National Networks Sdn Bhd (UNN), Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd (Progresif) dan Imagine Sdn Bhd (Imagine), akan melaksanakan program pendaftaran semula kad SIM prabayar telefon bimbit di Negara Brunei Darussalam. Program pendaftaran semula ini akan bermula dari 2 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025, dimana orang ramai yang menggunakan perkhidmatan telefon bimbit prabayar adalah dikehendaki untuk mendaftar semula kad SIM prabayar mereka dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.
Pendaftaran semula kad SIM prabayar ini akan dilaksanakan secara berperingkat, mengikut giliran yang akan ditentukan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan. Penyedia-penyedia perkhidmatan akan memaklumkan pelanggan masing-masing mengenai tempoh pendaftaran semula yang ditetapkan melalui notifikasi SMS. Pelanggan kad SIM prabayar disarankan untuk melengkapkan pendaftaran mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan bagi memastikan perkhidmatan tidak terjejas dan mengelakkan sebarang kesulitan.
Proses pendaftaran semula ini boleh dijalankan secara fizikal dengan menghadirkan diri ke cawangan-cawangan penyedia perkhidmatan masing-masing atau ke tempat-tempat awam yang ditentukan oleh penyedia-penyedia perkhidmatan.
Pelanggan telefon bimbit prabayar DST yang mendaftar sebelum 1 November 2024 adalah dikehendaki untuk menjalani proses pendaftaran semula. Proses pendaftaran semula ini boleh dijalankan sepenuhnya melalui platform dalam talian yang disediakan oleh DST.
Manakala, pelanggan telefon bimbit prabayar Progresif dan Imagine yang mendaftar sebelum 2 Januari 2025 adalah dikehendaki untuk menjalani proses pendaftaran semula, yang mana langkah awal proses ini boleh dijalankan melalui platform dalam talian yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing. Dalam hal ini, bagi melengkapkan proses pendaftaran semula, pelanggan-pelanggan Progresif dan Imagine masih perlu menghadirkan diri untuk pengesahan secara fizikal di cawangan-cawangan penyedia perkhidmatan berkenaan.
Maklumat terperinci bagi pendaftaran semula ini boleh didapati di laman sesawang pihak AITI dan penyedia-penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Selain itu, maklumat selanjutnya boleh diperolehi melalui talian penyedia perkhidmatan masing-masing:
Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi |
Talian |
Datastream Digital Sdn Bhd (DST) |
151 |
Imagine Sdn Bhd (Imagine) |
111 |
Progresif Sdn Bhd (Progresif) |
177 |
Pihak AITI ingin menasihati orang ramai untuk bertanggungjawab ke atas kad SIM yang berdaftar di atas nama masing-masing. Orang ramai juga diingatkan untuk tidak menyerahkan, meminjamkan, menyewakan, atau menjual kad SIM telefon bimbit mereka kepada orang lain, untuk mengelakkan penyalahgunaan kad SIM berkenaan. Seterusnya, bagi penukaran hak milik kad SIM, orang ramai adalah disarankan untuk mendaftarkan semula kad SIM dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang berkenaan.